Articles

HEM

DISIPLIN

Peraturan Sekolah

 


 (a)Pelajar-pelajar yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah bersopan dan menunjukkan tingkah laku yang elok seperti berpakaian dengan kemas/sopan dan tidak merokok di kawasan sekolah.

(b)Pelajar-pelajar diminta membawa kad pengenalan dan memberitahu maklumat-maklumat yang diperlukan mengambil keputusan peperiksaan/ sebagainya.

(c)Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan tertib dan dilarang membuat bising/ mengganggu semasa mengambil keputusan peperiksaan.

(d)Pelajar-pelajar diminta menjelaskan semua bayaran-bayaran/ yuran/ apa-apa jua hutang yang tertunggak dengan pihak sekolah semasa mengambil keputusan peperiksaan/ sebagainya. Pihak sekolah berhak/ menggunakan

    budi bicara untuk menahan keputusan peperiksaan/ sebagainya mana-mana pelajar yang enggan berbuat demikian.  (Sila jelaskan hutang yang tertunggak DUA MINGGU sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan).

(e)Sebarang bayaran/ hutang yang tertunggak hendaklah diserahkan kepada guru yang ditugaskan. Kerani pejabat/guru-guru lain tidak akan menerima bayaran/ hutang yang tertunggak semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

(f)Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil/ melihat keputusan peperiksaan bagi pihak pelajar lain.

(g)Hanya ibubapa/ penjaga pelajar sahaja yang dibenarkan mengambil keputusan peperiksaan anak/ jagaan, mereka hendaklah menbawa kad pengenalan/ angka giliran/ slip peperiksaan.

(h)Pelajar-pelajar/ Ibubapa/ penjaga dikehendaki menandatangani Buku Kenyataan Ambil semasa mengambil keputusan peperiksaan.

(i)Semua pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan individu melalui telefon tidak akan dilayan.

(j)Semua keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada waktu pejabat pada hari pertama dan kedua selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh Jabatan/ Kementerian Pendidikan Malaysia.

   Selepas itu keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada waktu persekolahan dan bilamana guru yang bertanggungjawab berkelapangan/ tiada aktiviti pengajaran.

(k)Pelajar-pelajar dilarang menunggu/ bertemu guru di bilik darjah untuk mengambil keputusan peperiksaan. 

 

 


 

 16.1.Di sekolah terdapat 3 jenis gerak kerja luar bilik darjah iaitu;

(a) Pasukan Unit Beruniform

(b) Kelab Dan Persatuan

(c) Sukan Dan Permainan

16.2.Lain-lain gerak kerja luar di sekolah;

16.2.1. Badan Pembantu Pentadbir Sekolah;

(a) Pengawas Sekolah

(b) Pengawas Pusat Sumber

(c) Pengawas/ AJK Asrama

(d) Pengawas Surau

(e) Jawatankuasa Tingkatan; Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari Tingkatan dan 3 orang pelajar sebagai AJK Tingkatan.

(f) Ahli Lembaga Koperasi

(g) Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

(h) Jawatankuasa Anti Dadah.

16.3 Badan Pembantu Pentadbiran Sekolah akan dilantik oleh guru-guru yang bertanggungjawab/ diarahkan oleh pengetua, seperti;

a) Lembaga Pengawas Sekolah

b) Warden Asrama Sekolah

c) Guru-guru Tingkatan

d) Guru Pusat Sumber

e) Guru Lembaga Koperasi Sekolah

f) Guru Kaunseling

g) Guru Anti Dadah

h) Guru-guru yang diarahkan

 

 


 

 17.1 Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform/ Sukan Dan Permainan;

a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja pasukan pakaian seragam yang ada di sekolah.

b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada setiap hari ISNIN.

c) Pelajar hendaklah menjadi ahli pasukan yang dianggotainya terus menerus dan keanggotaan pelajar direkodkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah oleh guru tingkatan.

d) Semua pelajar yang beragama Islam DIWAJIBKAN menjadi Ahli Persatuan Agama Islam.

e) Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli  lebih daripada TIGA persatuan termasuk kelab.

f) Pelajar- pelajar digalakkan menumpukan SATU/ DUA acara olahraga yang diminati sahaja untuk mencapai kecemerlangan.

g) Pelajar dibenarkan menjadi pemain/ ahli mana-mana SATU pasukan permainan yang diminatinya untuk memastikan jadual latihan yang cukup dan prestasi yang cemerlang.

h) Setiap pelajar DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU Rumah Sukan yang ada di sekolah yang telah ditentukan oleh Setiausaha Sukan Sekolah.

 

17.2 Gerakkerja Luar Yang Lain

a)  Pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu akan dipilih mengikut kesesuaian/ kebolehan/ pengalaman pelajar berdasarkan keperluan semasa untuk mewakili sekolah/ daerah/ negeri.

b) Pemilihan pelajar mewakili sekolah/ daerah/ negeri dalam aktiviti tertentu akan dilakukan oleh Guru  

    Penasihat gerakkerja luar yang terlibat/ Setiausaha Sukan Sekolah/ AJK yang ditubuhkan/ GPK Kokurikulum/GPK  HEM.

c) Pelajar yang terpilih untuk menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar anjuran Sekolah/ Pejabat Pendidikan

    Daerah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan WAJIBLAH mematuhi segala peraturan/ syarat yang  

    dikehendaki. Pelajar yang didapati melanggar peraturan/ syarat yang diwajibkan akan disingkir dari  

    menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar yang disertainya dan akan diambil tindakan lanjutan.

 

17.3 Syarat-Syarat Memegang Jawatan

a) Setiap pelajar hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja jawatan penting/ utama (Pengerusi/ Naib Pengerusi/ Setiausaha/ Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Penolong Bendahari) dan DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/ Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Unit Beruniform di sekolah.

b) Kes- kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada budi bicara antara guru tingkatan/ guru penasihat/  penyelaras-penyelaras unit kokurikulum/ setiausaha kokurikulum/ GPK Kokurikulum/ GPK HEM.

17.4 Aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

17.5 Pakaian semasa menjalankan aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah adalah seperti yang dinyatakan di dalam 6.6 dan 6.7. Etika berpakaian Rasmi dan Kelengkapan Sekolah.

17.6 Pelajar-pelajar yang terlibat menjalankan/ menyertai/ mewakili/ sekolah/ daerah/ negeri dalam apa-apa jua aktiviti/ kegiatan/ gerak kerja luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN ibu bapa/ penjaga secara bertulis dan kemukakan kepada guru yang bertanggungjawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pelajar yang berkenaan boleh diambil tindakan.

17.7 Pelajar- pelajar yang ingin menjalankan/ menyertai gerak kerja luar/ kajian luar/ apa jua aktiviti hendaklah menunjukkan Surat Kebenaran/ Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/ penjaga/ pihak-pihak yang terlibat agar dapat memberi nasihat/ memastikan keselamatan pelajar tersebut.

17.8 Perbelanjaan/ kos bagi menjalankan kajian luar mata pelajaran adalah ditanggung oleh pelajar yang terlibat.

17.9 Sesuatu lawatan di dalam/ keluar/ daerah/ negeri seramai LIMA orang/ lebih pelajar yang diiringi oleh guru/ guru- guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pengetua/ pihak berkenaan serta menepati peraturan lawatan/ rombongan yang ditetapkan.

17.10 Pelajar hendaklah menghantar hasil kajian mengikut masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Keputusan peperiksaan pelajar akan tergugat jika pelajar gagal berbuat demikian.

17.11 Guru- guru yang bertanggungjawab membawa/ menyelia/ mengawasi/ melatih pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti/ kegiatan/ gerakkerja/ apa-apa jua/ hendaklah sentiasa memastikan segala langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan sewajarnya.

Guru- guru/ Pengetua/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan/ Kerajaaan Malaysia tidak boleh disabitkan/ didakwa/ dibawa ke mahkamah di dalam sebarang kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yang dialami oleh pelajar di dalam gerakkerja kokurikulum/ apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/ Jabatan Pendidikan/ 

Visi,Misi & Lagu

 


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


  MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


 SMK TINGGI BATU PAHAT BERHASRAT MELAHIRKAN INSAN BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK  MULIA , BERWAWASAN, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN TINGGI DALAM MENANGANI TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 SEJAJAR DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN BERLANDASKAN RUKUN NEGARA.


 * KEUNGGULAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN

SAHSIAH PELAJAR.

* PENGUKUHAN KETRAMPILAN KEPIMPINAN.

* SUASANA SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN SELAMAT.

* PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP

DAN BERKESAN.

* PERHUBUNGAN SEKOLAH-RUMAH-KOMUNITI YANG

BAIK DAN MESRA.


 NUNC AUT NUNQUAM

NOW OR NEVER

KINI ATAU KECEWA


 KESEMPURNAAN PENDIDIKAN KEARAH SAHSIAH YANG MANTAP DAN MATANG


 LAGU 

 SMK TINGGI BATU PAHAT

Berzaman Kau Tegak Berdiri

Jasamu Diingati Dari Dulu Hingga Kini

 Sekolah Tinggi Kau Dikenali

 Kami Putra Dan Putrimu, Penuh Jiwa Berbangga

 Kau Gemilang, Kau Cemerlang

 Sekolah Tinggi Kami Julang

 Kini Atau Kecewa

 Itu Moto Perjuangan,Landasan Kami Semua

 Untuk Ke Mercu Jaya

 Kami Putra Putrimu

 Setia Rela Berjuang

 Setiap Ketika Sepanjang Masa

 Sekolah Tinggi Kaulah Kami

 

Kata Aluan Pengetua

 

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana mengunjungi laman web Sekolah Tinggi Batu Pahat(STBP).

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 Sekolah Tinggi Batu Pahat telah dianugerahkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan atas kejayaan STBP dalam peperiksaan-peperiksaan awam termasuklah Penilaian Tahun  3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Di samping itu pencapaian murid-murid dalam kegiatan Kokurikulum, peningkatan sahsiah murid serta kecemerlangan pengurusan turit diambil kira.

 Sehubungan itu STBP dengan moto “Kini atau Kecewa” turut menampilkan slogan  “Bersama Melakar Kecemerlangan” . Ini bermaksud seluruh warga sekolah ingin bekerja dalam satu pasukan secara bersama-sama ke arah kecemerlangan sekolah. Hala tuju kami  ialah ingin menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  tahun 2019 nanti. Oleh itu besarlah harapan kami untuk mengajak khasnya bekas-bekas murid (Old Boys) serta masyarakat setempat untuk memberikan pendapat, cadangan serta  pandangan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

 Laman web STBP ini  turut memaparkan maklumat, gambar-gambar peristiwa serta aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku  di sekolah ini. Diharapkan ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat yang jelas berkenaan sekolah ini. Semoga-moga tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat manfaat.

 Sekian, terima kasih

 

HJ SUPIANDI BIN HJ YUSOF
Pengetua,
SMK Tinggi Batu Pahat.

Sejarah Sekolah

 


 

Sejarah Sekolah Tinggi Bàtu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu sebuah sekolah yang merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri .Iohor telah didirikan dengan nama Goverment English School (GES) di kaki Bukit Bendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan gelanggang tenis di .Ialan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap. Jumlah muridnya adalah antara 40 sehingga 50 orang sahaja. Pelajar-pelajar ini mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Tenaga pengajarnya terdiri daripada En. Samarasingam, En. A. Auctland dan En. Alwee Jaafar.

 

Guru besar sekolah itu pula ialah En. Tom Newman. Beliau kemudiannya digantikan oleh En. J. B. Hobday dan En. L. C. Stevenson dalam tahun-tahun yang berikutnya. Sebilangan pelajar mi memulakan persekolahan mereka hanya apabila mencapai umur 14 atau 15 tahun, kerana had minimum umur untuk bersekolah pada ketika itu masih belum ditetapkan lagi. Justeru itu pelajar-pelajarnya mempunyai umur yang berbeza-beza juga, walaupun dalam kelas yang sama. Persekolahan pada waktu itu belum diwajibkan lagi oleh pemerintah lnggeris, mengakibatkan kadar ponteng sekolah yang sangat tinggi. Keadaan begini telah mernaksa guru besar pada masa itu menghabiskan sebahagian besar daripada rnasanya di sekolah menangkap pelajar-pelajar yang cuba ponteng sekolah. Pelajaran juga terjejas akibat masalah ini. Namun, tiada penyelesaian ditemui pada masa itu dan masalah ini terus berleluasa.

 
Pada tahun 1916 sebuah bangunan sekolah sementara telah dibina di Simpang Rantai, iaitu di tempat yang kini menjadi tapak kediaman (barracks) anggota keluarga polis Batu Pahat. Beberapa tahun kemudian Tuan Syed Abdul Rahman aI-Kudcy telah menggantikan En. L. C. Stevenson sebagai guru besar sekolah tersebut. Bilangan pelajar sekolah itu sudah meningkat sehingga 200 orang pada masa beliau menduduki jawatan barunya itu. Justeru itu, sebuah bangunan baru yang Iebih besar dan kukuh telah dibina pada tahun 1918 dengan perbelanjaan $60 000.
 


 Bangunan baru inilah yang merupakan bangunan pejabat Sekolah Tinggi Batu Pahat yang masih wujud pada han ini.  Pelajar-pelajar yang dahulunya belajar di sekolah sementara tersebut telah dipindahkan ke bangunan baru ini menjelang bulan Januari 1919. Bangunan baru dua tingkat mi mempunyal 8 buah bilik darjah iaitu 4 buah bilik di tingkat bawah dan 4 buah kelas lagi di tingkat atas. Pentadbirannya diketuai oleh Tuan Syed Abdul Rahman al-Kudcy dan tahun 1919 sehingga tahun 1922. Mulai tahun itu bilangan pelajar sekolah terus meningkat melebihi 200 orang dan tenaga pengajar pula telah bertambah menjadi 10 orang. Pertambahan bilangan pelajar ini telah menyebabkan kesesakan bilik-bilik darjah. OIeh itu, pada tahun 1924 bilik-bilik darjah tambahan telah didirikan di belakang bangunan utarna. Bangunan baru ini mengandungi 3 buah bilik makrnal dan 10 buah bilik darjah. Bilik-bilik darjah tambahan ini kini dikenali sebagai Blok Cendekiawan dan memuatkan bilik-bilik Sains dan Kemahiran Hidup sekarang.

Selain itu, sebuah rurnah batu besar untuk guru besar sekolah telah dibina kira-kira 100 ela daripada bangunan utama tersebut. Kini tapak asal tempat itu merupakan tapak Dewan Besar Sekolah Tinggi Batu Pahat. Kawasan di antara rumah guru Besar itu diliputi oleh pokok-pokok getah pada masa itu, mernaksa guru besar mengharungi hutan belukar di situuntuk bertugas di bangunan utama sekolah. Sejarah Sekolah Tinggi Batu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu sebuah yang merupakan sebuah sekolah Inggeris pertama di negeri Johor telah didirikan dengan nama Government English School bertapak di atas BukitBendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
gelanggang tenis di Jalan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap. Jumlah muridnya adalah kira-kira 40 orang. Kemudian pada tahun kemerdekaan, 1957, sekali lagi nama sekolah ini telah diubah menjadi High School BatuPahat (HSBP) dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Tinggi Batu Pahat (STBP) sehinggalah masa kini.


 

Pada tahun 1958, beberapa buah kelas menengah aliran Melayu telah dibuka di seluruh negara. Kelas-kelas ini menumpang di sekolah-sekolah menengah aliran lnggeris. HSBP telah dijadikan tumpangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat (yang beraliran Melayu) bermula pada tahun 1958 dan berlanjutan sehingga 2hb. Januarii 1961 apabila bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat siap dibina dan digunakan oleh sekolah itu sendiri. Sekolah itu kernudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar.


Sesuai dengan perkembangan pendidikannya, pada tahun 1962 dua buah makmal sains telah dibina untuk menjadikan jumlah makmal sains pada waktu itu 5 buah, iaitu 3 di Blok Cendekiawan dan 2 lagi di Blok Bistari, yang terletak bersebelahan dengan bangunan utama STBP.


 

Pada tahun 1964 pula sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah dibina berdekatan dengan rumah guru besar dan menggantikan bangsal atap. Bangunan itu kini dikenali sebagai Blok Amanah.


 

Mulai l2hb. Mei 1965, sebuah bangunan perpustakaan yang selama mi ditempatkan di tingkat bawah bangunan utama (kini bilik Bimbingan dan Kaunseling) telah dipindahkan ke bangunan barunya yang tersendiri dan terletak berdekatan dengan kantin sekolah. Bangunan ini dikenali sebagai Blok Mustika. Bangunan perpustakaan ini didirikan atas sumbangan dan usaha Persatuan Murid-Murid Tua (Old Boys Association) Sekolah Tinggi Batu Pahat. Untuk membina bangunan perpustakaan ini, pihak sekolah telah mengadakan sebuah konsert yang mempersembahkan lakonan Macbeth yang dipetik daripada hasil karya Shakespeare. 

Pertunjukan mi yang dikendalikan di bawah kelolaan guru besar ketika itu, K. M. Mathai diadakan pada September 1964 dengan kebenaran pihak polis No.40/64 Batu Pahat. Pertunjukan mi mempunyai matlamat mengumpulkan derma sebanyak $10 000, tetapi malangnya hasil pungutan yang sebenar hanya $5447.Setelah ditolak perbelanjaan pertunjukan, hanya $4498.15 tinggal. Ini adalah berdasarkan laporan kewangan STBP bertarikh l2hb. Oktober 1964. Upacara meletakkan batu asas bangunan yang berukuran 65 kaki X 60 kaki ini dilakukan pada 2Ihb. Mac 1964. Pernbinaannya dilakukan oleh Kontraktor Tan Meng Huat dari 100-1, Jalan Syahbandar Batu Pahat. Bangunan perpustakaan ini kemudiannya dirasmikan pembukaannya oleh YB. Menteri Pelajaran Malaysia pada 31hb. Mei 1965. Petanda perasmian ini masih kelihatan di pintu masuk utama STBP.

 Buku-buku perpustakaan Sekolah Tinggi Batu Pahat ini telah disumbangkan oleh banyak pertubuhan, penerbit buku dan pihak-pihak lain. Antara mereka yang terawal memberi sumbangan termasuklah : The Asian Foundation Kuala Lumpur, Lembaga Perusahaan Getah (Menanam Semula), Anthonian Berhad Kuala Lumpur, The Oxford University Press Kuala Lumpur, Eastern Book Centre Kuala Lumpur, Lincoln Cultural Centre Kuala Lumpur, Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur. 

Menjelang akhir tahun 1968, Perpustakaan Sekolah Tinggi Batu Pahat mempunyai kira-kira 7600 naskah buku, buku yang berbagai-bagai jenis ilmiah. Sumbangan-sumbangan terus diterima daripada pelbagai pihak untuk menambahkan lagi bilangan buku di perpustakaan in Pada tahun 1987, Dr. Chua Soi Lek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar Penggaram telah menyumbangkan $2 000 kepada perpustakaan STBP. Separuh daripada sumbangannya itu digunakan untuk membeli buku-buku ilmiah dan rujukan sementara yang separuh lagi digunakan untuk melengkapkan lekapan dan lengkapan di perpustakaan.

 Mernandangkan perkembangannya yang begitu pesat, pihak sekolah telah berusaha mendapat seorang Pembañtu Perpustakaan. Usaha-usaha mi mengambil masa yang agak lama dan akhirnya mencapai kejayaan di mana seorang Pembantu Perpustakaan telah diperolehi dan beliau memulakan tugasnya sehinggalah hari ini. Pembantu Perpustakaan ini adalah salah seorang pekerja am sekolah ini dan telah dilantik menjadi pembantu khas perpustakaan. Beliau itu ialah En. Hamzah bin Haji Nor, yang baru-baru ini telah bersara pada tahun 1997. Serentak itu perpustakaan ini telah dilengkapkan dengan alat penghawa dingin mulai bulan April 1969. Pembekalan dan pemasangannya telah dilakukan oleh The Borneo Co. (M) Sendirian Berhad dari No.5, Jalan Hang Jebat, Melaka. Perbelanjaannya sebanyak $10 944. Selepas itu usaha-usaha diteruskan untuk melengkapkan lagi perpustakaan ini dengan meminta sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak tertentu. Antara sumbangan yang diterima itu termasuklah $5 000 daripada Menteri Besar Johor pada tahun 1979. 


 Pada tahun 1968, sebuah bangsal atap telah diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah. Bangunan ini dinamakan Blok Budiman. Pembinaannya adalah bertepatan dengan permulaan tingkatan 6 Sastera di STBP, dan telah membolehkan STBP menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.


 

 Pada masa yang sama, sebuah bangunan kantin yang baru dan lebih luas telah dibina untuk menggantikan bangunan kantin yang lama. lanya terletak bersebelahan bangunan perpustakaan dan masih kekal sehingga han ini.


 

Mulai tahun 1968 itu juga bilangan pelajar luar bandar yang belajar di Sekolah Tinggi Batu Pahat ini telah meningkat naik. Kebanyakan pelajar luar bandar yang melanjutkan pelajaran mereka di STBP memandangkan sekolah ini adalah High School yang pertama sekali diasaskan di dalam negeri Johor. Pelajar dari luar bandar ini menghadapi masalah tempat tinggal dan pengangkutan. Untuk membantu mereka ini, sebuah asrama telah dibina pada tahun 1969 yang boleh menempatkan 100 orang pelajar. Asrama mi dikenali dengan nama ASPUTFRA (Asrama Putera Sekolah Tinggi Batu Pahat). Ianya memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar lelaki sahaja, khususnva pelajar tingkatan rendah (tingkatan 1 .hingga 5). Bangunan asrama ini didirikan di bahagian timur kawasan sekolah, berhadapan dengan Jalan Zahrah.

 Pada tahun 1995 bangunan asrama ini telah dijilat api. Kebakaran ini telah memusnahkan hampir seluruh tingkat atas bangunan tersebut, tetapi mujurnya tidak mengorbankan nyawa. Usaha-usaha pemulihan masih dijalankan.


 

Perkembangan sekolah ini tidaklah berhenti setakat ini sahaja. Masalah kekurangan bilik makmal sains mula dirasakan apabila tingkatan enam aliran sains diperkenalkan di sekolah pada tahun 1969. Untuk mengatasi kekurangan bilik makmal ini, tiga buah makmal baru telah siap dibina pada tahun 1973. Makmal ini terletak berhampiran dengan bangunan utama sekolah. Ia Iebih dikenali dengan nama Blok Dedikasi. Sebahagian daripada bangunan ini dijadikan Bilik Rehat Guru yang dapat menampung 80 orang guru. Sebelum ini Bilik Guru Sekolah Tinggi Batu Pahat tetletak di tingkat bawah bangunan utama, yang kini dijadikan bilik sumber.


 

Selain memberi pendidikan sekular kepada pelajar-pèlajar Sekolah Tinggi ini, guru-guru dan pelajar-pelajar Islam telah berusaha untuk membina sebuah bangunan surau bagi memenuhi kehendak dan keperluan rohaniah mereka. Dorongan ini sernakin memuncak memandangkan pelajar-pelajar asrama terpaksa mengadakan majlis sembahyang berjemaah di bangunan astaka yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama. Justeru sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelaraskan kerja-kerja pembinaan surau berkenaan. Jawatankuasa tersebut dibentuk pada 27hb. April 1976 yang dipengerusikan oleh guru besar En. Mohd. Ismail Othman. Akhirnya pada I3hb. .lulai 1977 bangunan surau ini didirikan dengan kerjasama Tuan Kadi Batu Pahat. Perbelanjaan membinanya adalah sumbangan derma berbagai-bagai pihak. Antara pihak-pihak yang berkenaan termasuklah :- Jabatan Perdana Menteri yang memberi sumbangan sebanyak $20 000. Sumbangan ini diperolehi atas inisiatif En. Mustapha bin Mohamad, setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu. Beliau juga merupakan bekas pelajar STBP. UMNO Bahagian Batu Pahat, yang menyumbang $3 000. AhIi Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Penggaram yang menderma $1 500.

 Bangunan surau ini telah siap dibina pada tahun 1977 dan telah dirasmikan pembukaannya oleb YB. Dato’ Musa bin Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia pada 8hb. September 1979 sempena menyambut perayaan Jubli Intan STBP. Beliau juga telah memberi peruntukan sebanyak $5 000 untuk membeli hampar bagi keperluan surau sekolah ini. Hampar-hampar tersebut telah diterima melalui Pejabat Daerah Batu Pahat pada bulan Disember 1981. Selain itu YB. Dato’ Yusof Abdul Rahman juga turut menderma hampar kepada surau STBP.


 

Sebuah astaka telah dibina berhampiran dengan bangunan asrama sekolah (ASPUTERA), yang terletak di hujung sebelah timur Padang A sekolah. Ia dibina hasil daripada sumbangan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Batu Pahat. Pembinaannya adalah untuk tujuan memenuhi keperluan-keperluan majlis yang sering diadakan di padang, sama ada bagi peringkat daerah dan negeri mahupun untuk kegiatan peringkat sekolah sendiri. Contohnya ialah upacara pembukaan dan penutup Sukan Tahunan STBP yang lazimnya diadakan di astaka ini. Hari Kemuncak Ko-kurikulum yang baru-baru ini diadakan sempena permulaan gerakan GR 21 di STBPjuga telah dirasmikan di astaka ini. Ini adalah antara beberapa kegunaan astaka STBP.


 

Sekolah Tinggi Batu Pahat juga mendapat kemudahan sebuah Dewan Besar untuk menampung kegiatan pelajar-pelajarnya yang semakin cergas dan juga untuk 

menampung majlis-majlis rasmi yang sering diadakan di sekolah ini.
Kelulusan permohonan mendapatkan Dewan mi telah diumumkan oleh YB. Dato’ Musa bin Hitam selaku Menteri Pendidikan ketika merasmikan Perayaan Jubli Intan STBP pada 8hb. September 1979. Mengikutnya, projek pembinaannya akan bermula pada tahun 1980 di tapak rumah guru besar STBP. Dewan ini sepatutnya siap dibina pada bulan Ogos 1982, tetapi pembinanya berjanji akan menyiapkannya menjelang bulan Septenther 1982. Pembina tersebut berjaya menunaikan janjinya, tetapi dewan itu hanya mula digunakan secara rasminya mulai awal tahun 1983. Pengurusan Dewan Besar ini diletakkan di bawah seorang guru yang bergelar Setiausaha, dan dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Dewan. Kemudahan peralatan dan kelengkapannya diperolehi dan pada beberapa pihak seperti : - YB. Dato’ Haji Daud Mohd. Taha yang telah menyumbangkan 236 buah kerusi plastik bernilai RM5 000. Jabatan Pendidikan Johor yang memberi peruntukan 800 buah kerusi stackable (Kerusi-kerusi ini kemudiannya diagihkan ke kelas-kelas yang kekurangan kerusi). Kemudahan alat siaraya (sistem penibesar suara) telah dapat disediakan pada tahun 1986. lanya mengandungi sebuah Mixer Amplifier jenama Peavey buatan Amerika Syarikat, model XR-600B; 2 buah speaker box, jenama Peavey, model 2420H Enclosure dan sebuah mikrofon jenama Ibanez, model Dynamic TH 300. Set pembesar suara pula dibeli danipada Syarikat Swee Lee, 03-23 Beras Basah Complex, Singapura. Peruntukan membelinya diperolehi daripada sebuah tabung.