Kata Aluan Pengetua

 

Pengetua

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana mengunjungi laman web Sekolah Tinggi Batu Pahat(STBP).

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 Sekolah Tinggi Batu Pahat telah dianugerahkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan atas kejayaan STBP dalam peperiksaan-peperiksaan awam termasuklah Penilaian Tahun  3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Di samping itu pencapaian murid-murid dalam kegiatan Kokurikulum, peningkatan sahsiah murid serta kecemerlangan pengurusan turit diambil kira.

 Sehubungan itu STBP dengan moto “Kini atau Kecewa” turut menampilkan slogan  “Bersama Melakar Kecemerlangan” . Ini bermaksud seluruh warga sekolah ingin bekerja dalam satu pasukan secara bersama-sama ke arah kecemerlangan sekolah. Hala tuju kami  ialah ingin menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  tahun 2019 nanti. Oleh itu besarlah harapan kami untuk mengajak khasnya bekas-bekas murid (Old Boys) serta masyarakat setempat untuk memberikan pendapat, cadangan serta  pandangan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

 Laman web STBP ini  turut memaparkan maklumat, gambar-gambar peristiwa serta aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku  di sekolah ini. Diharapkan ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat yang jelas berkenaan sekolah ini. Semoga-moga tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat manfaat.

 Sekian, terima kasih

 

KUSWANDI BIN TAYEN
Pengetua,
SMK Tinggi Batu Pahat.
Hits: 4368

Berita Sana Sini

Hubungi Kami

SMK TINGGI BATU PAHAT
Jalan Zaharah, 83000,
Batu Pahat, Johor.
Tel:07-4341097 Fax:07-4334117
email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.